Soalan Umum
Apakah jenis Syarikat Orpheus?
Orpheus Capital ialah syarikat pembiayaan Patuh Syariah secara digital dengan fokus utama menyediakan penyelesaian pembiayaan untuk membantu dalam pembangunan ekonomi individu yang bekerja dan perniagaan PKS yang tidak mendapat perkhidmatan perbankan dengan baik.
Apakah produk & perkhidmatan Orpheus?
Orpheus menawarkan tiga jenis perkhidmatan – iaitu pembiayaan invois, pembiayaan kontrak dan pembiayaan pendahuluan gaji (GajiNow). Semua produk kami adalah Patuh Syariah dan mematuhi prinsip Islam. Invois dan Pembiayaan Kontrak akan membantu PKS dalam melancarkan aliran tunai mereka.
Siapakah yang layak memohon?
Perkhidmatan kami boleh digunakan oleh sesiapa sahaja asalkan mereka PKS (untuk invois dan pembiayaan kontrak) dan pekerja bergaji tetap ( untuk pembiayaan pendahuluan gaji )
Bagi PKS, anda layak memohon jika :
- Perniagaan anda ialah perniagaan berdaftar Malaysia (termasuk pemilik tunggal, perusahaan dan Sdn Bhd);
- Perniagaan anda menyediakan perkhidmatan atau barangan kepada peniaga dalam Malaysia (Sifat Perniagaan-ke-Perniagaan)
- Perniagaan anda dimiliki oleh rakyat Malaysia (perkongsian lebih daripada 51%) dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun.
Berapakah kos pembiayaan yang dikenakan?
Antara 1.0% dan sehingga 1.5% sebulan tertakluk kepada keputusan penilaian kredit kami.
Adakah saya perlu menyediakan jaminan/cagaran ?
Tiada jaminan atau cagaran diperlukan daripada anda.
Berapa lamakah proses untuk kelulusan dan pengeluaran pembiayaan?
Keseluruhan proses selesai dalam masa 24 – 48 jam termasuk pengeluaran pembiayaan ke akaun anda.
Adakah saya dikehendaki datang ke pejabat untuk menandatangani kontrak/perjanjian pembiayaan?
Tidak perlu. Semua transaksi dilakukan sepenuhnya secara digital. Anda hanya perlu menandatangani secara digital menggunakan teknologi Tandatangan Digital kami.
Betapa mudahnya untuk menggunakan laman web Orpheus dan membuat permohonan?
Menggunakan sistem permohonan kami sangat mudah dan selamat. Anda hanya perlu mengisi borang pendaftaran, muat naik semua butiran dan dokumen yang diperlukan. Setelah permohonan anda diluluskan, anda akan menerima pembiayaan dalam masa 24 – 48 jam.
Siapa yang boleh saya hubungi untuk bantuan atau pertanyaan?
Anda sentiasa boleh menghubungi kami melalui e-mel atau panggilan telefon dan khidmat pelanggan kami akan sentiasa bersedia untuk anda.
Apakah Teknologi yang Orpheus gunakan?
Kami menggunakan penyelesaian automatik dalam semua aliran kerja kami untuk meningkatkan kecekapan kami dan dengan menggunakan kemajuan AI, kami dapat melaksanakan perkhidmatan bantuan kewangan yang diperlukan dan layak oleh PKS.
Adakah Orpheus menjalankan perniagaannya mengikut Syariah/ kewangan Islam?
Kami boleh memberi jaminan kepada anda semua produk kami mematuhi prinsip Syariah dan Islam. Kami mempunyai seorang penasihat Syariah terkemuka yang menasihati kami tentang produk dan perkhidmatan. Semua perjanjian undang-undang kami telah ditapis, disemak dan diluluskan oleh Jabatan Agama Islam yang berwibawa serta firma guaman terkemuka di negara ini.
Soalan Pembiayaan Kontrak/Invois
Apakah Pembiayaan Invois?
Pembiayaan Invois adalah cara untuk Usahawan mendapatkan tunai daripada Invois yang belum dibayar. Pembiayaan Invois adalah serupa dengan pinjaman bercagar tradisional kerana ia mempunyai syarat pembayaran tetap dan caj perkhidmatan dikenakan pada baki yang belum dilunaskan, tetapi ia menggunakan satu atau lebih Invois sebagai cagaran untuk pinjaman tersebut. Dalam Pembiayaan Invois, tunai yang diterima perniagaan bukan dalam bentuk pinjaman. Sebaliknya, syarikat pembiayaan, sebenarnya ‘membeli’ Invois dan mengambil tanggungjawab untuk pengumpulan invois tersebut.
Bagaimanakah Pembiayaan Invois Orpheus berfungsi?
Pembiayaan Invois adalah untuk perniagaan memutuskan untuk menjual invois mereka (selepas selesai barangan atau perkhidmatan yang diberikan) kepada pihak ketiga, syarikat Pembiayaan atau Pemfaktoran pada harga diskaun, seperti kepada Orpheus. Orpheus kemudian mengambil alih tugas memungut penghutang mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan. Dengan pembiayaan Invois, anda boleh mendapatkan bayaran pendahuluan segera sehingga 80% daripada jumlah invois tanpa perlu menunggu syarat pembayaran daripada pelanggan anda.
Bilakah pembiayaan akan dipindahkan ke dalam akaun saya?. Berapa lama masa yang diambil untuk pengeluaran?
Untuk pembiayaan invois, sehingga 80% daripada nilai invois akan disalurkan ke dalam akaun bank anda sepantas 24-48 jam.
Apakah margin pembiayaan yang saya layak memohon?
Maksimum sehingga 80% daripada invois atau nilai kontrak. Kami boleh menawarkan pembiayaan bermula dari RM10,000 (minimum) dan sehingga RM 200,000 (maksimum). Tempoh pembiayaan itu adalah sehingga 6 bulan atau 180 hari.
Adakah terdapat sebarang bayaran/caj lain yang dikenakan?
Selain daripada kos pembiayaan, terdapat yuran perkongsian keuntungan (maksimum 18% setahun) terdapat yuran platform sekali sahaja dan yuran perkhidmatan (bermula dari RM750 bergantung pada Skor Kredit Syarikat).
Apakah yang berlaku jika pelanggan saya tidak membayar invois pada tarikh tamat tempoh?
Akan ada caj lewat bayaran dan akan didermakan kepada badan amal.
Apakah dokumen yang perlu saya sediakan sekiranya saya ingin memohon Pembiayaan Invois?
8 dokumen perlu disediakan oleh anda untuk permohonan Pembiayaan Invois, iaitu:
- Penyata bank syarikat untuk 3 bulan terkini
- Salinan Kad Pengenalan
- Surat Jaminan Bersama Ahli Lembaga Pengarah
- Resolusi Pengarah
- Surat Pemfaktoran
- Surat Keizinan
- Invois
- Perjanjian Pembiayaan
Dan selebihnya dokumen disediakan secara digital oleh platform kami.
Adakah Orpheus memberitahu pelanggan/pemberi kontrak tentang pembiayaan invois yang dipohon?
Ya, mereka akan menerima notifikasi melalui emel bagi tujuan pemberitahuan kepada persetujuan yang dilakukan bersama Orpheus.
Soalan Pembiayaan GajiNow
Siapa yang Layak untuk memohon?
Pekerja Tempatan yang bekerja tetap dengan gaji minimum RM1500.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan?
- Salinan Kad Pengenalan ( hadapan + belakang )
- Slip gaji dari 3 bulan terkini
- Penyata Bank Dari 3 Bulan Terkini
Berapakah jumlah pendahuluan gaji yang boleh saya terima?
Maksimum 50% daripada gaji kasar bulanan antara RM 450- RM 2500. Tempoh boleh berkisar antara 15-30 hari.
Berapakah kos kemudahan pembiayaan GajiNow?
Terdapat yuran platform sebanyak RM7.50 dan yuran perkhidmatan dari RM35-RM95 (dikira berdasarkan pemarkahan kredit unik kami)
Adakah sebarang penyerahan kertas kerja secara peribadi diperlukan?
Tidak! Seluruh proses kami dilakukan secara digital.
Adakah terdapat caj pembayaran lewat?
Ya, terdapat caj pembayaran lewat sebanyak 1.5% daripada jumlah tertunggak, kami akan dermakan kepada badan amal.
Bagaimanakah ini berbeza dengan perbankan tradisional?
Kami menjadikan proses menerima wang tunai cepat dan mudah tanpa proses yang rumit seperti perbankan tradisional dan tanpa sebarang cagaran. Hanya 3 Dokumen mudah diperlukan dan anda menerima wang tunai untuk kecemasan dalam masa 24 jam!
Adakah segala maklumat saya selamat?
Kami boleh menjamin data peribadi anda disimpan selamat, kerana kami dilesenkan dengan “ Certification of Personal Data Protection ”.
Soalan Teknikal
Mengapa saya tidak boleh memuat naik dokumen PDF saya dalam portal ?
Dokumen dan fail PDF untuk dimuat naik mesti bersaiz kurang daripada 2MB . Cara-cara untuk mengecilkan fali PDF kepada saiz lebih kecil:
- Buat carian Google "online PDF compressor"
- Muat naik fail PDF yang melebihi 2MB
- Setelah dimuatnaik, teruskan "compress" fail PDF tersebut
Mengapa saya menghadapi masalah di portal?
Kami mengalami isu teknikal sementara waktu dengan sistem web kami. Sementara kami cuba untuk selesaikan isu tersebut, cuba gunakan browser yang berbeza dengan anda gunakan sekarang Anda juga boleh cuba mengosongkan cache browser dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
- Pergi ke 'history' browser ->
- Tandakan bahagian checkbox yang tertulis "cached image and files"
- Buangkan data, kemudian terus cuba login dan sambung menggunakan aplikasi.